01 November 2011

Perkara Yang Perlu Dilakukan Suami Semasa Isteri Mengandung....

Salam untuk semua..... Lame sungguh x update blog ni... huhu... sgt la busy okey... macam2 hal yang perlu diselesaikan... tengah membaca artikel2 di  i LUV islam, tertarik pulak dengan artikel ni.. so copy paste je la.. huhu...

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur...

okey para2 suami, jangan lupakan amalkan step2 kat atas ni yerk... huhu.. kenapa plak bleh post pasal artikel ni??? kuang3x....

02 October 2011

Pasha Ft Adelia - Penghujung Cintaku.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - Pasha Ft Adelia - Penghujung Cintaku.mp3

Pasha Ft Adelia - Penghujung Cintaku.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - <a href="http://www.4shared.com/audio/1N_x2JI1/Pasha_Ft_Adelia_-_Penghujung_C.html" target="_blank">Pasha Ft Adelia - Penghujung Cintaku.mp3</a>

14 September 2011

TanDa- TanDa SeBeLum KeMaTian

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
"100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula."
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Sama-sama kita renungkan......

09 September 2011

SanTai:- BeRMaLaM di KaTiL SeoRanG LeLaki....

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.


Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.


Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..
 
SumBer:-

16 August 2011

rindu dengan ini blog...

assalamualaikum semua....

wah... lme sungguh tak menulis di blog ni. bbulan2 aii tinggalkan dunia blog. ni semua gara2 server internet aii dekat opis kena block. sekarang da boleh buka. yea. da boleh blogging blik  ^___^. amboi suka na cik nadia ni. suka2 jugak, keje jangan lupa k.hehe.


untuk makluman semua, aii dgn ex boy aii bdak raub tu da putus. da jodoh kami x panjang. aii redha dengan ape yang berlaku. so jangan ada sape2 yang tanya mengenai dia okey. ceh bajet cam ada je orang nak tau kisah aii ni. hukhuk. ni kan blog aii, so aii bebas nak tulis ape yang aii rase. hehe. layan la gambar2 terbaru aii. macam la ada orang rindu sangat dengan awak ye cik nadia. hehe.



                                                    br nk bjinak2 paki shawl.. hehe..


masih belum terlambat nk ucapkan selamat berpuasa n selamat hari raya buat semua blogger :)

26 April 2011

24???

lame nya x hapdate blog.. da bsawang blog aii ni... jap2 aii nak tiup... fffuuuhhhh.... terbang segala mak nenek habuk.. kuikui... maklum la since cik abg da duk kt raub ni, blog aii ni pun x bjaga da... every week aii travel ke raub tu... letih??? xyah cakap la tp aii puas hati dapat jumpa sayang aii tu =) gedix sungguh... sape2 yang xsuke sila click X di sebelah kanan atas anda okey... ade aku kesah??? blog aku kan??? so aku nya suke la nak tulis ape pun!!!!!!

ada ape dengan number 24??? mmmm  today is my birthday.... tapi xtau la nape birthday tahun ni x meriah... maybe banyak sangat prob kot.... hidup yang penuh dengan masalah... penuh dengan cabaran... hukhuk... sedihnya celebrate birthday tahun ni... haaaiihhh.... 

umur da semakin meningkat, kawan2 ramai yang da kawin... xkurang juga yang da ada anak pun... aii??? bercinta then putus, bercinta then putus... bile la aii akan dapat merasa kebahagian hidup?? aii pun nak gak merasa bahagia cam pasangan lain.... hukhuk...

to my lovely mum, PUAN SELMAH BINTI ISMAIL... terima kasih yang x terhingga kerana telah melahirkan seorang bayi perempuan 24 tahun lalu pada jam 6.50 pg... bayi perempuan yang telah di beri name Nor Nadia Bt Muhamad Onif... juga buat arwah papa MUHAMAD ONIF BIN SARKAWI kerana telah mendidik anakmu ini.... semoga arwah papa ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... amin... jasa dan pergorbanan papa n mama akan kakak kenang hingga akhir hayat...



12 April 2011

SeLaMaT BerJaYa......

morning u olls... u olls chard x hari ni??? aii kureng chard la dengan cuaca yang x menentu skang ni... alhamdulillah hari ni hari ke2 aii memulakan tugas di tempat baru.... syukur alhamdulillah dengan rezeki yang telah Allah swt telah berikan kepada aii....

semoga aii kekal bekerja di cini.. jangan ada makhluk2 yang iri hati dengan aii pulak sudah la... hukhuk.. tu semua nak wat aii resign je nanti.. masing2 kan ada keje masing2 so jangan la ganggu kerja orang lain pulak yerk... hukhuk... ok la u olls aii nak smbung kerja ni... da..... selamat bekerja ye...... ngee.....

10 April 2011

akhirnya aku tewas juga................

hye shemua..... lame da hapdate blog ni.... maklum la sejak cik abang aii da duk raub ni tiap2 minggu g raub... sanggup tau drive dari seremban ke raub tu.... memang gile btul dengan penangan cinta ni hokay... hehe.... 

owh untuk makluman semua aii da pun meletak kan jawatan di company yang aii keje skang ni... cukupla segala pengorbanan aii selama 7 bulan x dihargai... hukhuk... ala baru 7 bulan... ye selama 7 bulan tu la segala penat lelah aii orang x hargai malah menuduh aii pulak lagi tu... haaihhh manusia zaman sekarang... asyik nak buat fitnah   je... hukhuk.... 

tapi xpe la... alhamdullillah Allah swt murahkan rezeki aii, esok aii akan memulakan tugas di tempat baru.... rezeki orang teraniaya... gaji yang di tawarkan pun lebih baik dari tempat company sebelum ni.... syukur alhamdulillah..... banyak juga benefit yang lebih baik ditempat baru ni.... bersyukur sangat2 dengan rezeki yang Allah swt limpahkan kepada aii....

ok la sekarang ni masa untuk tido sekarang... hukhuk... cik abang aii da sms suruh tido sebab esok nak memulakan tugas di tempat baru... semoga aii kekal kerja ditempat baru... harap2 segala urusan aii di tempat baru dipermudahkan.... amin..... gud nite semua..... 

 

29 March 2011

Perpisahan ini - 1st Edition feat Aizat Amdan




Perpisahan Ini - 1st Edition ft Aizat Amdan


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

13 March 2011

di sebalik kisah pada 07/03/2011

camat petang shemua..... lame nya x update blog ni... bukan xnak update tapi kesihatan yang x mengizinkan.. hukhuk...  penatnya... baru balik keje ni... wah ranjinnya ari ahad pun keje... anak sapa la ni??? kuikui... nk wat cmne minggu ni secara x sengaja 'terMC' selama 4 hari... hukhuk... pe kes kau nadia MC lame2 ni??? baru nak pecah rekod xnak MC tahun ni...

07 march 2011,  saya keluar rumah seawal 8 pagi.... nak g mane pagi2 ni??? owh... saya nak pergi berjumpa dengan kekasih hati saya... hohoho.... jauh tau... kat raub gitu... saya naik bas menuju ke stesen KTM   seremban... lame sungguh x naik bas... saya menunggu komuter untuk menuju ke Bandar Tasik Selatan...  sampai je kat Bandar Tasik Selatan, saya terus mencari taxi untuk ke Jalan Pekeliling... amik kau sekali tambang RM19.30... nak cepat nya pasal bayar tambang mahal pun sanggup... hukhuk.... g la beli ticket bas menuju ke raub, skali ticket jam 12 tengahari da... skang baru jam 10.35 pagi... waaa.... lame gile nak tunggu... hukhuk... shabar2x..... bas yang di tunggu2 pun tibe.... perjalana bas ni memakan masa 1 jam 45 minit...  akhirnya saya selamat di raub pada jam 1.45 ptng... hoho... ni first time tau naik bas jauh2 ni... da tu g sorang2 pulak tu... nak jumpa kekasih hati la katenya... jauh2 pun sanggup...


orang yang di nanti2 pun tibe... senyum sampai telinga okay... ^_^ gedix sungguh.... cik abang saya bawa la saya g Lata Jarum, air terjun yang terkenal kat raub tu... wahh.... best nya air terjun ni.... sejuk sangat2x... saya baru je letak kaki da x tahan sejuk..... mandi pun kejap je.... sudah nya cik abang saya mandi sorang2x.... sekali hujan da... lebat pulak tu.... tunggu punya tunggu kul 6.20 petang baru la hujan berhenti... so kita orang pun cepat2 la kuar dari c2....



dalam perjalanan nak ke rumah makcik saya, terjadinya tragedi yang x di duga... kami kemalangan.... kejadian ni berlaku terlalu pantas.... walaupun kecederaan saya boleh dikate kan teruk tapi syukur alhamdullillah tiada nyawa yang di ragut.... mari kita layan pix saya... hukhuk... 


  pix ni pada malam kejadian.. 

                                      pix hari ke 3 selepas kejadian... hukhuk.... 


nasib baik la saya kuar wad malam tu jugak... x nak la saya duk wad lame2 ni.. alhamdulillah la tiada perkara buruk yang berlaku pada kami..  ni la kisah percutian saya di raub... hukhuk... 


so kepada shemua, berhati2 di jalan raya k... berhati2 ketika memandu.... bye.............

05 March 2011

balik kampung...

camat pagi sume... hehe... hari ni mud ceria.. hehe... best nya u olls duk lepak2 kat umah... boleh bangun lambat... tapi saya kena kerja... hukhuk.. company ni every saturday kena kerja... tapi 1/2 day je la... hehe...

owwhhh.... x sabar nak balik kampung ni.... eh bukan ke saya ni orang bandar??? nak balik kampung mane pulak ni??? hukhuk.... tu la saya ni kan x ada kampung... hukhuk..... umah nenek saya pun bukan kat kawasan kampung... hukhuk... so saya x merasa la suasana kampung tu... cian kan saya ni??? hari ni saya nak ikut sayang saya balik kampung dia... hehe.... ngada2 la ko ni nadia... ada saya kesah??? suka hati saya la.... pe nak wat da saya x ada kampung so saya ikut la orang balik kampung....

weekend ni u olls pergi mana pulak??? hope u olls happy dengan weekend kali ni... selamat  berhujung minggu =)

02 March 2011

Permulaan bulan MaRcH :)

salam ceria untuk u olls..first entry untuk bulan march... tuan tanah x ceria lagi la hari ni :(
mud x berapa ok....  aiii permulaan bulan march pun still x ok lg?? hukhuk... memang tekanan perasaan btul la sepanjang bulan february... hukhuk... macam2 dugaan yang datang sepanjang bulan february.. ada yang sedih n ada yang happy :p

semoga bulan march ni tiada lagi dugaan yang hebat melanda diri ni.... tabahkan la hati ini untuk menempuh segala dugaan n cabaran yang datang....  ^_^

28 February 2011

FebruaRy.....

salam ceria untuk u olls... hari ni monday blues la... i hate monday.... hukhuk.... hari ni merupakan penutup untuk bulan february.... ada ape dengan bulan february???? macam2 ada... ceh ayat x menahan... let's check it out... *lol*

first sekali mestilah birthday arwah papa yang tersayang pada 3hb february... i miss him so much... semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman... amin...

baru nak merasa kebahagian saya, sekali lagi saya di uji... hukhuk.... orang yang saya berkawan tu merupakan tunangan orang... frust gile... tapi saya x frust sebab dia da tunang, yang saya frust sebab dia tipu saya... dia cakap yang dia masih single n avaible... kira kes tipah tertipu la ni... hukhuk...

last week pulak saya dapat tau insan yang saya sayangi sepenuh hati saya, da kwin sebulan yang lepas... owhh..... kena tipu lagi???? pe la nasib saya ni asyik kena tipu je dengan lelaki.... rupanya sebab dia mintak putus dengan saya, dia nak kawin... lelaki... suka mencipta alasan untuk melepaskan diri sendiri...
2 tahun saya bersama dengan dia...setia, jujur dengan dia tapi ni yang saya dapat???? tabah kan la hati hambamu ini ya Allah... dan yang paling mengejutkan saya, selama kami bersama dia ada orang lain... selama ini saya di permain2 kan... ya Allah macam2 dugaan yang saya dapat.... tapi saya bersyukur jodoh saya bukan dengan dia...

hari ni pun ada lagi dugaan yang datang... dugaan di office plak... pagi2 lagi da kena marah dengan lady bos n big bos... kenapa saya pulak yang kena??? mentang2 la saya jage HR, so semua hal ni nak salahkan HR plak??? orang lain yang wat cerita, tapi HR pulak yang kena...hukhuk... dari mud yang ceria langsung mud down hari ni... x de semangat langsung nak wat keje... hukhuk... 

TAPI dalam saya bersedih ada juga insan yang berhati mulia ingin berkongsi segala suka n duka saya.... weee....  kembali ceria  =)

abang, thanx so much sebab sudi mengisi kekosongan dalam hati ayang... ayang hargai pengorbanan abang yang ingin menjadikan ayang teman istimewa dalam hidup abang...ayang sayang abang... tapi bagi ayang masa untuk mengenali diri kita antara satu sama lain... maafkan ayang selama kita bersama ayang ada menguris hati abang... ayang x sengaja... ayang perlukan masa untuk mempercayai lelaki.... ayang da serik di tipu... ayang harap abang sabar dengan kerenah ayang..... semoga ada sinar kebahagian dalam hubungan kita... semoga hubungan ini kekal ke akhir hayat... amin... I LOVE U SO MUCHH..........

ni la kisah2 saya sepanjang bulan february... dugaan berlaku di bulan february... sabar je la.... hukhuk... semoga saya tabah menghadapi dugaan yang mendatang   =)

26 February 2011

TQ SO MUCH!!!!!!!!

morning u olls.... maaf yer hari ni mud tuan blog x ok... hukhuk...

kepada SI DIA tq so much dngan ape yang kau da lakukan kat aku..... aku redha jodoh kau bukan dengan aku... aku x sangka kau mempermainkan hati dan perasaan aku selama kt bersama... aku yang terlalu setia, jujur n ikhlas menyanyangi kau.... tapi ini yang aku dapat???? aku doakan semoga hubungan kau dengan isteri kau kekal ke akhir hayat.... aku tetap mendoakan kebahagian kau walaupun hati aku hancur luluh dengan perbuatan kau terhadap hubungan kita suatu ketika dahulu.... biar Allah SWT je yang membalas segala perbuatan kau terhadap aku... aku orang yang teraniaya...

thanx so much to mama sebab mama amat memahami hati dan perasaan anak mu ini... mama merupakan mama yang terhebat yang terbaik untuk diri ku ini... tiada siapa yang dapat mengantikan dirimu.... I LOVE U SO MUCH MAMA... dan untuk kawan2 ku thanx so much di atas segala nasihat kalian dan doa kalian terhadap ku.... sayang korang....

24 February 2011

I miSS u.....

salam u olls... u olls chard ke??? saya x berapa chard la, da beberapa hari migrain menyerang... cuaca pun panas je thats why saya x chard kot atau x chard sebab rindu kat kekasih hati saya tu... hukhuk... wah,sejak dalam hati ada taman ni, blog ni jadi jiwang la plak... hukhuk.... tajuk entry pun da miss2 gitu  =)


mane cik abg saya ni??? da 4 hari x jumpe... oopppssss gedix la plak.... sape yang meluat, tutup je blog saya ni... ada saya kesah????  cik abang saya balik kampung la... da 4 hari dia balik... dia cakap kat saya dia nak balik 2 hari je... now da 4 hari da... hukhuk.... walaupun x nampak tuan badan tapi setiap masa dia akan contact saya... sebab gurlpren dia ni manja.... hukhuk.... tq so much abang =)


abang xnak balik ke??? x rindu kat ayang yerk??? ayang rindu la kat abang... 
i miss ur face  =)  ayat nak memujuk x leh tahan tu... hukhuk.. ayang rindu nak g makan2 dengan abang... da la abang balik kampung xnak bawak ayang... hukhuk.... ngada2 kan ayang ni??? abang ajak balik kampung tapi ayang yang x nak kan sayang??? bukan ayang x nak la abang, tapi keje ni banyak sangat kat opis... hukhuk... next time kita plan balik same2 k... abang x marah kat ayang kan??? love u so much =)


abang, ayang rindu sangat2 kat abang tau... abang balik la cepat.... ayang rindu la nak g makan2 dengan abang, nak hang out dengan abang, nak lepak kat dataran nilai dengan abang.... abang la ni duk ajar ayang lepak dataran nilai tu malam2x... hukhuk... best kan sayang lepak sane... suke je tengok family yang ada anak  especially yang bawak baby 
tu =(


abang balik cepat tau... I MISS U SO MUCHHH........ =)

21 February 2011

FeLiS CumPLeaNos Mi NoVio

happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to nadia, happy birthday to me... hukhuk..... u olls jangan percaya ok... semalam (20/02/2011) adalah birthday sayangku.... :p
oopppsss gedix la plak.... eh suka hati saya la ni blog saya... sape yang meluat sila tekan X disebelah kanan  anda di atas okey......


ni la cupcakes untuk sayang saya... thanx a lot untuk officemate saya yang bersusah payah menyiapkan order saya :p


yang ni plak coklat..... nampak x ada 1 tempat yang kosong??? cik abang saya xsabar nak makan coklat tu... hukhuk... x sempat saya nak snap pic :(


untuk yang tersayang, happy birthday sayang... semoga tahun ni memberi sinar baru n kebahagiaan dalam hubungan kita... 
just a simple celebration for ur birthday.... ayang harap abang happy dengan suprise ayang yang x menjadi tu :(




                                               ~ HAPPY BIRTHDAY SAYANG~

16 February 2011

aku di bius cinta =)


Ku membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta

Ku membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta

Aku dibius cinta
Aku dibus cinta

12 February 2011

tips menyemarakkan cinta

Dalam hubungan suami isteri ataupun saat bercinta, kita harus sentiasa menyemarakkan cinta di hati masing2. Agar ia terus mekar & wangi selamanya. Jom ikuti tips menyemarakkan cinta di bawah ini:

1. Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).
2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.
3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.
4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .
5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.
6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.
7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.
8. Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.
9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.
10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.

Tanda Lelaki Sayangkan Seseorang :)

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

08 February 2011

falling love again????

salam ceria semua... cam lame je x update blog ni...  maklum la sekarang dalam hati ada taman.. ceh wah... :)  falling love again?? oh no... tapi tu la hakikat nya... walaupun saya telah mengunci hati ini, ada juga insan yang telah berjaya membuka kunci hati saya...  Allah swt telah merancang yang terbaik untuk hamba nya...  setiap yang berlaku ada hikmah nya.. syukur alhamdullillah.... siapa kah gerangan nya??? biarla rahsia... huhu...

untuk abang yang ayang sayangi..  ayang x sangka pertama kali kita berjumpa abang nak jadikan ayang teman teristimewa abang... cinta pandang pertama ke bang?? hukhuk..  i'm so happy.. tq so much sayang.. ayang happy sangat2 n terasa bahagia bile bersama dengan abang.. sampai kan office mate tegur la.. diaorang cakap sekarang ni nampak ayang happy je... ye la da ada orang tersayang mestilah happy kan bang???

ayang menerima abang seikhlas hati ayang.. so ayang pun berharap abang pun ikhlas menerima ayang dalam hidup abang... tq so much sebab abang da kembalikan ceriakan n memberi kebahagian untuk ayang..... ayang hargai sngt2.. ayang x kan mensia2 kan perhubungan kt... ayang sayang abang... ayang terharu sgt2 bile abang menerima ayang seadanya...

ayang harap hubungan yang baru kt bina ni kekal hingga ke akhir hayat.. semoga ada sinar kebahagiaan dalam hubungan kita ni... amin...

05 February 2011

Opick - Rapuh ( bersama lirik )


Opick - Rapuh
 
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


tq so much kat awak bcoz bagi lagu ni kat saya.... lagu ni sedih sangat.. hukhuk...

01 February 2011

about me.....

firstly nak ucapkan tq so much kat
oursteptogether-scha heart adil 
because tag nadia. tak sangka ada jugak yang nak tau mengenai diri nadia yang x seberapa ni. huhu. sori ya scha bcause lambat jawab pertanyaan scha. nadia xberapa chard la  :(

So skang saya akan menjawab soalan2 scha. okey.


1. Apakah status anda?

still single and available. hukhuk.

2. Ceritakan tentang diri anda

anak pertama daripada 5 beradik. seorang yang sangat pendiam. suka buat hal sendiri. suka pergi karaoke n tengok movie kalau da bosan. bekerja sebagai human resource di sebuah kilang di Nilai, N.Sembilan.


3. Ceritakan tentang blog anda

actually ni blog sy yang ke 2. blog pertama tu blog private. sori ek to followers and silent readers. blog ni baru lagi. bak kate orang nak berjinak2 di dunia blog. kuikui. blog ni menceritakan tentang kehidupan saya. tentang sahabat, family dan luahan hati saya.

4. Apa pendapat anda tentang blog
 
sebenarnya saya tertarik dengan blog ni lepas membaca blog yang saya sangat2 suka
sejak bace blog mama qiestina la saya jatuh cinta dengan dunia blog. for me blog ni merupakan seseorang untuk meluahkan perasaan dan menceritakan tentang kehidupan masing2. bagi saya semua orang ada pendapat yang berbeza kan??? 

5. Nasihat pada kawan2 yang baru nak buat blog

alamak. saya pun baru lagi dalam dunia blog ni. huhu. mmm kepada kawan2 yang
baru nak berjinak2 dalam dunia blog, selamat datang ke dunia blog. haha.

6. Nyatakan keunikan blog anda?

keunikan blog?? x ada ape  yang unik pun. hukhuk. cukupla jika ada yang sudi 
membaca blog saya ni. hukhuk

7. Sampai bila nak tulis blog and impian anda dalam dunia blog

sampai bila nak tulis blog?? selagi ada idea n cerita akan saya kongsikan dengan
followers and silent readers saya. sayang u olls. :)


okey skang saya akan tag 5 blog yang saya nak tau tentang mereka. calon2nya ialah............. 




5) innzchubby- ♥ i n n z c h u b b y ♥


saya harap blogger yang saya tag ni sudi la jawab soalan2 saya. 
dan sudi2 la share dengan saya kisah u olls. cayang korang. mmmuuaaahhhhh.... :)

31 January 2011

kembali........

fuhfuhfuh.hehe. nak tiup habuk2 kat blog ni. berhabuk jugak la walaupun tiggalkan sekejap. saya diserang flu, cough n fever tu yang menyebabkan blog ni berhabuk. okey.huhu.ni pun still ada lagi cough n flu. adoiii bile nak ok ni??

walaupun saya tidak sihat, terpaksa juga gagahkan diri ke tempat kerja. kenapa la sakit masa kerja tengah banyak?? xdapat nak rest. huhu. tapi xpe, semalam hari untuk saya berehat sepuas-puasnya. haha. hari saya tido sepanjang hari. nikmatnya dapat tido lame2. nak pulak cuaca hujan je sepanjang hari. lagi la bertambah syok untuk saya tido. untuk si dia, sila jangan jealous okey. haha. cian u kena kerja.

hari ni pun cuaca mendung je. hujan pun baru je berhenti tengahari tadi. waaa. cepat la jam 5 petang. saya nak balik. nak tido. huhu. dengan badan x berapa nak sihat ni asyik nak tido je. huhu.

to all followers and silent readers, saya mintak maaf sebab lame x hapdate blog ni. huhu.

26 January 2011

macam mana nak puaskan hati semua orang??

mmm tajuk pun sedey je. memang sedih pun. mood x berapa nak baik ni. since last nite lagi. :(
last nite  kuar makan dengan family pun x ceria. mesti semua family saya tertanya-tanya nape saya jadi camtu? cian family saya. I'm so sorry buat mama, adik2 saya n are-b. xde niat pun nak wat cmtu tapi tibe2 je perasaan sedey tu datang. da la kt jarang jumpa. :(

saya da cuba jadi yang terbaik untuk mama, adik2, teman tapi mesra, kawan2 serta teman serumah saya. tapi ada juga orang yang xpuas hati dengan saya??? saya ada buat salah ke??? kalau ada face to face la. actually benda ni da lama tapi saya baru dapat tau last nite tu yang mud x brape nak ok.

saya cuba untuk tahan air mata ini mengalir tapi da hati tisu kan tumpah jua ia.huhu.da la xde tempat nak share so saya share la dalam blog ni.

apa yang harus saya buat lagi untuk puaskan hati semua orang???? penat da memikir. :(

25 January 2011

pEngHorMataN CinTa......


Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa, Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…

24 January 2011

hujung minggu yang sangat syok......

salam ceria untuk semua..... agak berabuk jugak la blog saya setelah 4 hari x update... last week merupakan week yang sangat super duper busy... sangat tired... :)  syok nya kalau dapat pergi bercuti... ngeee.... nak g bercuti kat mane ekk u olls??? any suggestion????

sudah2 ni da lari dari tajuk entri ni.... haha.... da pikir pasal holiday plak... padahal keje kat depan mata ni berlambak2 ni.... huhu....

ikutkan hati malas da nak balik umah mama yang tersayang, konon2nya nak keje la hari ahad (semalam)...
tapi setelah berfikir2 dan setelah di pujuk rayu oleh adik saya,  saya pun mengambil keputusan unuk balik jugak ke rumah mama saya... ngee.... ngada2x... lempang lelaju kang... :)

hari sabtu abis keje jam 1 petang, tapi saya punya la rajin buat la OT sampai jam 4 petang.. balik umah sewa duk kemas2x baju bajan dan sempat lagi basuh baju bajan yang telah direndam selama 3 hari... haha.... jam 6 petang baru la saya kuar dari umah sewa... tapi saya bukan terus balik umah mama, saya terus zasss g K.L amik sumone.... sumone??? sape tu???? haha... biarla rahsia... ngeee.......

syukur alhamdulillah jam 7.45 malam, sampai jugak saya di rumah mama... setelah 2 minggu xbalik... ala baru 2  minggu, 2 pun nak kecoh2... huhu.... mama saya sangat la bising kalau saya xbalik... haha.... anak manja la katanya...

owh sangat syorga bila berada di rumah sendiri... dengan adik-beradik yang sangat beshhh...... gelak x hengat dunia.... buat cam jiran tetangga tak ada kat umah je.... huhu.... tu la bile da berkumpul dengan adik-beradik... macam2 cite yang kuar.... sangat syookkkk wooo..... dan sangat best bile ditemani oleh si dia.... TQ so much because u sudi bercampur dengan family i.... ala u bukan xbiasa kan dengan family i??? da 9 tahun u kenal dengan family i... mama n adik2 i pun da biasa dengan u.... waahhh lari dari tajuk entri lagi ni... ngeeee... sori ye u olls.... huhu...

so setakat ni aje entri untuk hari ni... da xde idea da ni plus plak dengan keje yang bertimbun2x ni... maklum la hari isnin yang blues.... haha.... semoga u olls ceria berkeje n belaja di hari isnin... :)

20 January 2011

Doa untuk kekasih



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
 
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.